Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Muda - Utusan Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang berasal dari Pahang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Muda, berhampiran Sidam Kiri dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Muhamad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.28 tengah hari sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa dikatakan lemas ketika mandi bersama seorang rakannya di sungai tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lelaki terbabit tenggelam ketika cuba bergerak ke tengah sungai sebelum tiba-tiba hilang dibawa arus sungai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya bagaimanapun belum mendapat identiti lengkap mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu.

Sementara itu, rakan mangsa, Mohammad Faridzuan Mohd Nor, 26, berkata, ketika kejadian berlaku, mereka baru selesai membersihkan kawasan tanaman tebu yang berada di tepi sungai berkenaan.

“Saya ajak dia mandi sebab cuaca panas sebelum saya lihat mangsa tenggelam timbul,” katanya.

Tambahnya, dia bergegas mengambil bot penduduk kampung yang berada di kawasan berhampiran untuk membantu mangsa.

“Sebaik sahaja saya berpatah balik, saya tidak lagi nampak mangsa dan dia dikhuatiri lemas,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini