Bajaj kini dalam ‘liga’ e-hailing - Utusan Malaysia

Bajaj kini dalam ‘liga’ e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Bajaj (disebut sebagai ‘buh-juhy) merupakan ‘beca kereta’ ikonik Jakarta yang dinamakan sempena pengilang di India.

Channel News Asia melaporkan, tambangnya lebih murah berbanding teksi tetapi sedikit mahal berbanding Grab Ojek (perkhidmatan e-hailing motosikal).

Bagaimanapun, penumpang perlu pandai tawar-menawar untuk harga yang tidak rasional oleh pemandu bajaj, yang merupakan sebahagian daripada sebab di sebalik menurunnya populariti bajaj.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, penumpang juga semakin selesa dengan perkhidmatan e-hailing dengan struktur tambang tetap yang membawa kepada ‘kehancuran’ perkhidmatan bajaj.

Adakah ini membawa kepada berakhirnya bajaj di Jakarta? Firma e-hailing tidak fikir begitu.

Pada Mei lalu, Grab Indonesia dengan kerjasama Agensi Pengangkutan Jakarta melancarkan GrabBajay, langkah yang mengejutkan bagi mereka yang sebelum ini menolak bajaj sebagai tidak mempunyai tempat dalam ekonomi digital.

Kebimbangan itu tidak menghalang Grab, yang percaya bajaj layak mendapat tempat dalam ‘liga’ e-hailing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini