Mayat lelaki ditemui dalam ladang sawit - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemui dalam ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Seorang lelaki berusia 57 tahun ditemui mati dalam sebuah ladang sawit di Bukit Pelandok dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki itu ditemui orang awam yang kemudian menghubungi polis.

“Polis menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu daripada orang awam kira-kira pukul 3.40 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan mendapati mangsa bernama Tan Ah Lek beralamat di Kampung Sawah, Bukit Pelandok,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, kematian mangsa disahkan oleh pasukan perubatan yang hadir di tempat kejadian.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian mangsa.

Jelas beliau, mayat mangsa di hantar ke Hospital Port Dickson untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Siasatan masih diteruskan dan kes itu buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini