Jangan culas bayar gaji - Utusan Malaysia

Jangan culas bayar gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU -Pada ketika peminat teruja mengikuti perkembangan dalam pucuk pimpinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), pengendali The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah sebaliknya hanya ada satu pesanan buat pengurusan baharu Kafa – jangan culas bayar gaji pemain dan jaga kebajikan pasukan.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) memilih Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sebagai Presiden Kafa bagi penggal 2019-2023 dalam Kongres Agung Luar Biasa (EGM) badan induk itu.

Wan Abdul Rahim yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Rahim pada mulanya menewaskan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz dengan 25 undi berbalas 20, namun kemenangan itu tidak dikira kerana peraturan menetapkan undian mesti dua pertiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Amril Aiman nyata bukan tandingan Cikgu Rahim apabila Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) itu kemudian menang bergaya dengan undi 28 undi berbalas 16.

Datuk Seri Afandi Hamzah pula terus diberi mandat menduduki kerusi No.2 dengan 23 undi.

Afandi menewaskan Yusri Ismail dengan kelebihan dua undi manakala seorang lagi calon, Datuk Seri Mohd. Zumridi ­Thambi hanya meraih dua undi.

“Sebagai manusia saya perlu membela pemain kerana mereka beraksi malam ini (kelmarin) tanpa dibayar gaji dua bulan setengah.

“Ada juga dalam kalangan kami (jurulatih) tidak me­nerima gaji hampir tiga bulan, namun tetap datang ke tempat latihan tanpa jemu dan alasan.

“Pemain tetap menunjukkan komitmen tinggi, malah ada yang tidak sihat sanggup menawarkan diri untuk diturunkan.

“Saya se­perti ingin menangis melihat betapa tingginya semangat mereka,” kata Yusri dengan penuh emosi selepas pasukannya menewaskan Sela­ngor United 2-0 pada saingan Liga Perdana kelmarin.

Yusri amat yakin sekiranya pengurusan baharu Kafa menjaga pemain muda Kelantan dengan baik, mereka mampu mengembalikan imej pasukan itu dalam kancah Liga Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini