Kematian pencemaran udara: Tunggu laporan penuh perubatan - Utusan Malaysia

Kematian pencemaran udara: Tunggu laporan penuh perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Julai – Kementerian Kesihatan sedang menunggu laporan perubatan penuh berhubung dakwaan seorang wanita dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi bernafas berikutan kejadian pencemaran yang dipercayai berlaku di Pasir Gudang, Johor.

Menterinya, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, beliau mengakui akan laporan kematian tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana pihaknya belum mendapat maklumat yang sahih tentang perkara itu.

“Kami sedang menunggu laporan lengkap mengenai kes itu,” katanya yang dipetik portal berita Malay Mail di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu beliau melancarkan operasi dan kempen bebas virus nyamuk Wolbachia di pangsapuri Sri Rakyat di Bukit Jalil.

Sebelum ini Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerbitkan laporan kematian individu tersebut sebelum menarik balik laporan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini