KUALA LUMPUR 7 Julai – Kelab penyokong Liverpool FC (LFC) rasmi di Malaysia, All Reds Malaysia (ARM) mengekalkan Muzili Aznor Musa sebagai presiden kelab dalam mesyuarat agung tahunan keenam yang diadakan di Johor Bahru, semalam.
Muzili yang telah mengemudi ARM sejak 2015 mempertahankan kerusi tanpa pertandingan, yang disifatkan ramai ahli sebagai isyarat keyakinan terhadap komitmen beliau mengadakan pelbagai aktiviti bersama kelab induk LFC di peringkat tempatan.
Kira-kira 150 ahli menyertai AGM yang julung kali diadakan di Johor Bahru dengan acara perlawanan bola mengikut zon turut diadakan di sebelah pagi, disusuli majlis makan malam.

Muzili ketika dihubungi memberitahu, pihaknya yang kini telah memiliki lebih 800 ahli berdaftar dan dijangka menyaksikan pertambahan lebih ramai ahli bagi musim baharu ini.

“Menjadi ahli ARM memberikan pelbagai keistimewaan seperti mendapatkan tiket perlawanan LFC, lawatan sambil menonton ke Liverpool, diskaun pembelian barangan LFC di kedai al-ihsan sebanyak 15 peratus, produk Joie diskauan 10 peratus dan banyak lagi,” katanya.
Penyokong LFC boleh mengikuti aktiviti ARM melalui www.facebook.com/allredsmalaysia atau twitter/IG : @allredsmalaysia – UTUSAN ONLINE
Berikut adalah senarai Jawatankuasa All Reds Malaysia 2019/2020
Presiden: Muzili Aznor Musa
Timbalan presiden 1: Wan Zamarudin Mohd Yusof
Timbalan presiden 2: Mohd. Hasmuni Mohd. Munir
Ahli Jawatankuasa:
1. Fazilaton Ahmad
2. Rosman Daud
3. Pervez Farook Yunus
4. Doraisingam Sinnappan
5. Mohd. Hanafiah Yahya











