Fazriq tidak ambil mudah aksi final - Utusan Malaysia

Fazriq tidak ambil mudah aksi final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemain pilihan utama, Muhammad Fazriq Mohamad Razif tidak memandang rendah pemain bukan pilihan Hooi Shao Herng pada final Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Prix Final di Kelab Rekreasi Cina Negeri Sembilan (NSCRC), Seremban, esok.

Juara Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun baru-baru ini itu, tetap menghormati pemain bukan pilihan dari Kuala Lumpur itu yang telah mempamerkan aksi memberangsangkan untuk menempah pertemuan final dengannya.

Pada aksi separuh akhir hari ini, anak bongsu kepada legenda beregu negara, Datuk Mohamad Razif Sidek itu mengetepikan rakan sepasukan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Anson Cheong Yan Feng 21-16, 21-18.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Muhammad Fazriq dipaksa bekerja keras di suku akhir sebelum menewaskan pemain Selangor, Mohd Haris Sufian Rushdan 19-21, 21-17, 21-9.

Pemain berusia 15 tahun itu menjadi sebutan antara bintang muda yang bakal menggantikan tempat Datuk Lee Chong Wei satu hari nanti selepas merangkul kejuaraan kali kesembilannya di peringkat remaja di Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun selepas menumpaskan Alex Lenier 21-16, 21-30 pada final di Jepun, 30 Jun lepas.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Shao Herng mengejutkan pemain BAM, Justin Hoh Shou Wei 21-15, 21-15 untuk mengesahkan tiket ke final.

Sebelum itu,Shao Herng melepasi halangan di suku akhir dengan menundukkan pemain Selangor, Yap Juin An 21-17, 21-17. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×