SEREMBAN – Juara bertahan, Arena Satu Samin akan berdepan seteru lama, K. Letshanaa dari Selangor bagi memburu kejuaraan perseorangan perempuan Bawah 16 tahun 100PLUS Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Prix Final.
Aksi akhir perseorangan lelaki bawah 16 tahun pula bakal menemukan juara perseorangan dan beregu bawah 14 tahun edisi lepas, Muhd. Fazriq Mohd. Razif (Kuala Lumpur) dan pemain bukan pilian, Hooi Shao Herng (Kuala Lumpur).
Perlawanan akhir perempuan bawah 16 tahun ibarat ulangan final ketika Pusingan kedua Divisyen 1 di Johor Bahru pada Mei tampak memberikan keyakinan buat Letshaana untuk membalas dendam ke atas Arena.
Letshaana bermain dengan penuh keyakinan untuk menyingkir pilihan pertama dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Zhang Yi dalam pertarungan tiga set 21-18, 10-21, 21-14.
“Jarak mata agak dekat di set pertama. Set kedua saya dikenakan kad kuning kerana mempertikai keputusan penjaga garisan dan ia menjejaskan permainan saya tetapi kembali yakin di set penentuan dan semangat yang tinggi untuk menang,” kata Letshaana.
Arena Satu Samin dipaksa berjuang selama 55 minit sebelum berjaya menundukkan seorang lagi wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM, Khot Jin Wen 13-21, 24-22, 21-18, berterima kasih kepada jurulatihnya yang banyak memberi semangat.
“Saya tidak dapat rentak di set pertama tetapi terima kasih kepada jurulatih, saya berjaya bangkit dan ianya merupakan titik perubahan kepada keyakinan dan permainan saya.
“Saya perlukan rehat sebelum merancang untuk perlawanan esok. Letshaana bermain dengan baik tetapi saya tetap akan cuba pertahankan kejuaraan,” kata pemain Sabah itu.
Fazriq yang dilabel sebaga bintang dalam pembikinan selepas muncuk juara Kejuaraan Dunia Jemputan Shinan Bawah 15 tahun tidak berdepan masalah untuk menang straight 21-16, 21-18 dalam masa 37 minit.
Dia akan berdepan Hooi Shao Herng untuk penentuan juara, namun tidak akan mengambil mudah lawannya di final nanti.
“Set pertama agak sengit kerana jurang mata yang agak dekat. Tetapi di set kedua saya sudah mendahukui 20-11 tetapi hilang focus kerana tidak sabra untuk menamatkan perlawanan, tetapi saya kembali tenang untuk menang perlawanan ini.
“Saya akan berhati hati di final walaupun lawan saya bukan pilihan. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan prestasi dan menjangkakan saingan yang sengit,”kata Fazriq. – BERNAMA











