Liga Super: Perak tumpas 0-3 kepada JDT - Utusan Malaysia

Liga Super: Perak tumpas 0-3 kepada JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Pasukan bola sepak Perak gagal memanfaatkan peluang beraksi di hadapan penyokong setia mereka apabila tewas 0-3 kepada Juara Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim di Stadium Perak di sini sebentar tadi. 

 

Anak-anak buah Mehmed Durakovic terlebih dahulu menyusun serangan untuk mendapatkan jaringan awal namun beberapa gerakannya berjaya digagalkan barisan pertahanan lawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelawat turut melakukan percubaan dan hasilnya mereka memperoleh jaringan pertama menerusi Leandro Sebastian Velasques apabila dia bijak melepasi perangkap offside pasukan pelawat sebelum melepaskan tendangan kencang ke dalam gol pada minit ke-37. 

Pada babak kedua, Leandro sekali lagi beraksi cemerlang apabila menyepak bola dari luar kotak penalti terus ke dalam gol Perak menewaskan penjaga gol, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy pada minit ke-48. 

Beberapa percubaan tepat The Bos Gaurus ke arah gol berjaya dinafikan dengan cemerlang oleh penjaga gol JDT, Mohd. Farizal Marlias. 

Pemain gantian JDT, Muhammad Akhyar Abdul Rashid menambah duka Perak pada minit akhir perlawanan apabila menolak masuk bola ke gawang tuan rumah selepas keadaan kelam-kabut di hadapan gol Perak.

Keputusan akhir Perak tumpas 0-3 kepada JDT di hadapan lebih 10,000 penyokong. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini