Sambutan Hari Peneroka diteruskan hargai sumbangan peneroka - Mohamed Azmin - Utusan Malaysia

Sambutan Hari Peneroka diteruskan hargai sumbangan peneroka – Mohamed Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN 6 Julai – Sambutan Hari Peneroka yang diadakan kembali tahun ini di Felda Selancar 3 di sini esok adalah inisiatif kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menghargai sumbangan peneroka kepada sektor ekonomi di negara ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ketika turun ke Felda Palong 9, Negeri Sembilan pada April lalu, beliau telah menyatakan tekadnya untuk mengembalikan Sambutan Hari Peneroka dan berjanji supaya Anugerah Keceriaan Kampung Felda dihidupkan semula.

“Alhamdulillah, cadangan saya telah dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak teragak-agak memaklumkan kepada saya bahawa kita akan meneruskan Sambutan Hari Peneroka bagi menghargai sumbangan warga peneroka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun Perdana Menteri pada minggu ini sudah berusia 94 tahun, beliau masih dikurniakan oleh Allah SWT tenaga dan kesihatan baik untuk membangunkan semula negara termasuk tanah rancangan Felda,” katanya ketika berucap pada program Kenduri Rakyat di Felda Keratong 8 di sini malam ini.

Yang hadir sama Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff.

Mohamed Azmin berkata, pada Sambutan Hari Peneroka esok, Dr. Mahathir akan mengupas berhubung Program Pembangunan Peneroka (PPP) Felda yang melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion.

“Program PPP ini telah dibentangkan di Dewan Rakyat dan diluluskan. Setiap tahun kerajaan akan menyalurkan RM250 juta selama empat tahun berturut-turut bagi melaksanakannya.

“Kita juga melihat satu lagi program iaitu Program Pemulihan Felda (PPF) yang akan turut dikupas secara panjang lebar oleh Perdana Menteri di Felda Selancar esok,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini