21 GRO tidak sempat lolos lorong tikus - Utusan Malaysia

21 GRO tidak sempat lolos lorong tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Taktik licik sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Klang di sini yang menyediakan lorong tikus bagi membolehkan gadis pelayan pelanggan (GRO) menyusup keluar ketika serbuan berjaya dihidu pihak berkuasa semalam. 

Serbuan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bermula kira-kira pukul 11.30 malam dan berakhir tiga jam kemudian.

Hasil serbuan terbabit, seramai 21 wanita disyaki GRO warga Vietnam berusia lingkungan 20-an berjaya ditahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, serbuan tersebut adalah pertama kali dilakukan ke atas premis itu yang dipercayai beroperasi sejak dua bulan lalu. 
“Siasatan lanjut mendapati, semua wanita berkenaan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Ketika serbuan dilakukan, kesemua GRO ini cuba melarikan diri melalui lorong tikus, bagaimanapun kecekapan anggota yang telah mengepung awal premis itu berjaya mematahkan cubaan itu,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Azmin, modus operandi yang digunakan GRO berkenaan adalah dengan melayan pelanggan untuk berhibur sambil minum minuman keras.

“Kesemua GRO itu akan menerima bayaran tip bergantung berapa banyak bilangan minuman keras yang dipesan oleh pelanggan dari kuanter.

“Semakin banyak arak yang dipesan oleh pelanggan makin banyak tip bayaran yang diterima oleh mereka,” katanya.

Tambah beliau, dalam serbuan berkenaan juga, polis turut membuat pemeriksaan ke atas 57 pengunjung warga tempatan, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat.

Jelas beliau, kesemua semua ditahan dibawa ke IPD Klang Utara untuk tindakan lanjut dan akan disiasat mengikut Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan dan menggaji warga asing tanpa kebenaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini