Motosikal penghantar makanan Food Panda antara yang diangkut DBKL - Utusan Malaysia

Motosikal penghantar makanan Food Panda antara yang diangkut DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini mengangkut pelbagai jenis motosikal termasuk yang digunakan untuk khidmat penghantaran makanan dalam talian, Food Panda atas kesalahan meletakkan motosikal di siar kaki.

DBKL memaklumkan, tindakan itu dilakukan dalam Operasi Angkut Siri 18/2019 yang bermula dari pagi hingga pukul 3 petang Rabu laku di sepanjang Jalan Ampang dan Jalan Tun Sambanthan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemilik-pemilik motosikal ini telah meletakkan motosikal mereka di tempat tidak dibenarkan dan menyebabkan halangan tempat awam.

“Sikap mementingkan diri ini boleh membahayakan orang ramai yang menggunakan siar kaki malah telah menyebabkan kerosakan tempat tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, sebanyak 44 notis kompaun dikeluarkan sepanjang operasi tersebut mengikut kesalahan Kaedah 44 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 yang memperuntukkan kompaun maksimum RM300 kerana meletakkan kenderaan di atas siar kaki.

DBKL turut menasihatkan warga kota supaya lebih prihatin terhadap pengguna siar kaki dan meletakkan kenderaan di tempat yang telah disediakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini