Matic menuju ke San Siro? - Utusan Malaysia

Matic menuju ke San Siro?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Inter Milan sedia menawarkan Radja Nainggolan dan 10 juta pound (RM52 juta) kepada Manchester United untuk mendapatkan Nemanja Matic.

Menurut laporan ESPN, gergasi bola sepak Itali itu amat berharap dapat membawa masuk pemain tengah Serbia tersebut bagi menguatkan pasukan menghadapi musim depan.

Kemasukan pengurus baharu, Antonio Conte bermakna tiada lagi tempat buat bekas bintang tengah Belgium, Nainggolan di San Siro.

Memuatkan artikel berkaitan…

Inter sebelum ini turut menawarkan pemain itu untuk ditukar dengan Arturo Vidal tetapi tawaran mereka ditolak oleh Barcelona.

Matic, 30, membuat 38 penampilan bersama United dalam semua pertandingan musim lalu, namun prestasinya dikritik menuju ke penghujung musim.

Laporan itu turut mendakwa, Matic sudah berbincang dengan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer bagi mendapatkan kepastian sama ada dia diperlukan atau tidak selepas menerima tawaran daripada Inter.

Terdapat juga khabar angin mengatakan United sudah mula memburu pemain muda Newcastle, Sean Longstaff, 21, bagi menggantikan Matic.

Selain Matic, seorang lagi pemain United yang turut mendapat perhatian Inter Milan adalah penyerang, Romelu Lukaku. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini