Parti Melayu, orang Melayu perlu sahut saranan Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Parti Melayu, orang Melayu perlu sahut saranan Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Seruan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad mempelawa semua parti politik Melayu tempatan bergabung menyertai Bersatu harus dilihat secara positif bagi mengelakkan perpecahan bangsa yang berpanjangan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Redzuan Md Yusuf berkata, kebimbangan yang disuarakan oleh Dr. Mahathir itu ada bernasnya.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Memuatkan artikel berkaitan…

SERUAN Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad mempelawa semua parti politik Melayu tempatan bergabung menyertai Bersatu harus dilihat secara positif bagi mengelakkan perpecahan bangsa yang berpanjangan.

Seperti yang disuarakan oleh Tun Dr Mahathir, kebimbangan itu ada bernasnya. Ini kerana di mata kasar terlalu banyak parti memperjuangkan bangsa Melayu sedangkan hakikatnya mempunyai ahli yang sedikit.

Sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Melaka merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat, saya menyokong penuh cadangan ini. Melalui penggabungan, fokus mentadbir negara lebih lancar kerana berkiblatkan arah yang sama, apatah lagi ia membabitkan isu bangsa dan agama.

Pada pandangan saya, kita boleh berbeza pendapat dalam pelbagai perkara, namun apabila disentuh soal bangsa dan agama, ia adalah perkara yang sangat sensitif dan boleh mencetuskan perbalahan. Pada zaman media sosial menguasai segala maklumat tanpa sempadan, isu yang kecil sering diperbesarkan sehingga mencetus kemarahan. Masalah ini hanya dapat diselesaikan jika Melayu bersatu hati serta mempunyai idealogi yang sama. Perpaduan yang kita bina hari ini bukanlah atas dasar politik semata-mata tetapi demi masa depan orang Melayu akan datang iaitu generasi anak cucu kita.

Seperti yang disuarakan Tun Dr. Mahathir, saya berharap semua parti Melayu dapat menerima

kenyataan beliau dengan hati yang terbuka. Melalui penggabungan ini, saya yakin ia bakal memberikan satu impak yang besar kepada negara. Melalui penyatuan ini, saya yakin kepentingan orang Melayu akan lebih terjaga.

Inspirasi kita tetap sama iaitu inginkan suasana muhibah dan perpaduan itu terus kukuh. Kesepakatan akan wujud melalui kewarasan fikiran. Apalah makna kehidupan andai dilingkari persengketaan dan perbalahan. Percikan api perkauman memang mudah dimulakan tetapi untuk memadamnya amat sukar. Sudah sampai masanya kita bersatu demi perpaduan dan kepentingan bangsa kita, Bangsa Melayu! – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini