Warga Kemboja maut kereta langgar pokok - Utusan Malaysia

Warga Kemboja maut kereta langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 6 Julai – Seorang lelaki warga Kemboja meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok di Jalan Masjid Negeri di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa, Muhammad Tasnim Kassim, 22, yang merupakan pemandu kereta jenis Perodua Viva maut dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Bagaimanapun, tiga penumpang kereta itu iaitu seorang wanita berusia 45 tahun, remaja lelaki berusia 13 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun hanya cedera ringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kemalangan itu berlaku ketika kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari arah Jalan Masjid Negeri menghala ke Jambatan Pulau Pinang.

“Apabila sampai di kawasan kejadian, kereta tersebut telah hilang kawalan dan terbabas ke bahagian kiri jalan.

“Kereta yang dipandu mangsa kemudiannya melanggar sebatang pokok,” katanya di sini hari ini.

Menurut Che Zaimani mayat mangsa akan dibedah siasat hari ini bagi mengetahui punca kematiannya.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini