Peluang BN tawan Sabah, Sarawak PRU akan datang tipis - Utusan Malaysia

Peluang BN tawan Sabah, Sarawak PRU akan datang tipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 5 Julai – Calon-calon melayu yg mewakili Pakatan Harapan (PH) perlu memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya umum (PRU) akan datang mengelakkan dominasi Ahli Parlimen bukan melayu di Dewan Rakyat.

Presiden Amanah, Mohammad Sabu berkata, calon-calon melayu yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amanah dan Bersatu perlu berusaha keras bagi memenangi kerusi masing-masing.

Katanya, ‘perkahwinan’ Pas-Umno atau Pas-No tidak akan menguggat PH untuk terus memerintah, walaupun diakui cabaran tetap ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, berdasarkan kepada keputusan pilihan raya kecil di Sandakan dengan majoriti 11,000 undi peluang pembangkang untuk menawah Sabah dan Serawak adalah tipis.

“Perkahwinan PasNo bukan semua dipersetujui oleh ahli-ahli Pas, mereka ini akan memilih Amanah sebagai parti yang baharu”, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sambutan Hari Raya Amanah Negeri Johor di Dataran Majlis Daerah Pontian di sini malam ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Amanah Johor. Aminolhuda Hassan, Naib Presiden Amanah, Sallahudin Ayub dan Ketua Pemuda Amanah Johor, Taqiuddin Cheman.

Mohammad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan kepimpinan parti mengenang kembali daripada mana mereka berada sebelum ini.

“Diharap mereka yang sebelum ini dikenali sebagai pejuang rakyat dan pejuang jalanan tidak melupai detik sukar ketika itu, “ ujarnya.

Kira-kira 5000 tetamu menghadiri majlis tersebut termasuk dari luar daerah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini