KUALA LUMPUR – Pembangunan projek naik taraf Benteng Walk di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Seremban kini mencapai 70 peratus dan dijangka siap mengikut jadual.
MPS dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya berharap projek menaik taraf dan menghias kawasan itu dengan lukisan mural akan menjadi tarikan baharu kepada penduduk setempat dan pelancong dari luar.
“Bagi yang suka bergambar atau ingin melihat sendiri mural berkenaan, mereka dialu-alukan untuk datang ke Benteng Walk yang terletak di Jalan Dato Abdul Rahman,” katanya dalam kenyataan itu di sini. – UTUSAN ONLINE.
Memuatkan artikel berkaitan…











