KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mempelawa orang ramai mengemukan cadangan dan memberikan maklum balas dalam perangkaan belanjawan MPSJ bagi tahun 2020.
MPSJ dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya memerlukan pandangan serta input daripada orang ramai bagi memastikan belanjawan yang dirangka bersifat komprehensi selain dapat memenuhi kehendak pemegang saham pihak berkuasa tempatan itu.
“Sehubungan itu, pihak kami memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemukakan pandangan dalam lima teras perbelanjaan antaranya tadbir urus, pembentukan masyarakat madani dan pembangunan sosio ekonomi yang pesat.
“Maklum balas daripada penduduk akan dilakukan pada 1 hingga 25 Julai ini di http://www.surveymonkey.com/r/CZFGMHP,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE.











