Nigeria tidak rela kecundang lagi - Utusan Malaysia

Nigeria tidak rela kecundang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDARIAH, Mesir – Pertahanan Nigeria, William Troost-Ekong berkata, kekalahan mengejut 0-2 di tangan Madagascar telah menyuntik semangat tambahan pasukannya menentang juara bertahan, Cameron pada peringkat Piala Negara-Negara Afrika, Ahad ini.

Super Eagles mencatat kemenangan pertama dalam dua perlawanan di Iskandariah, tetapi dipintas oleh pendatang baru Madagascar yang muncul juara Kumpulan B selepas mempamerkan aksi buruk dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan.

“Semua pemain kecewa terhadap permainan terakhir kami menentang Madagascar, jadi saya fikir kami semua telah mendapat motivasi tambahan. Ia menentukan soal hidup dan mati kami. Kami perlu melakukan apa sahaja untuk kekal dalam pertandingan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perlawanan menentang Cameroon dijangka mencabar. Kami pernah bertemu mereka pada kelayakan Piala Dunia 2018 dan mereka pasti mahu membalas dendam, jadi kami perlu bersedia,” kata Troost-Ekong kepada pemberita menjelang perlawanan peringkat 16 terbaik, hari ini.

Bek tengah Udinese itu memulakan aksi bersama Nigeria dengan kemenangan 1-0 ke atas Burundi dalam perlawanan pembukaan dan dia kembali diturunkan pada pertemuan menentang Madagascar, selepas diketepikan sewaktu pasukannya menewaskan Guinea 1-0 yang sekali gus mengesahkan slot ke peringkat kalah mati.

“Kami pernah berada dalam situasi ini sebelum ini, apabila kami tumpas dalam perlawanan yang meletakkan kami sebagai pasukan pilihan. Perkara sama berlaku di laman sendiri menentang Afrika Selatan pada awal kelayakan. Perlawanan seperti itu memang ada berlaku.

“Saya rasa semua pemain telah mula terjaga. Saya tidak fikir kami berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan. Jadi, kami perlu bangkit membuktikan kepada Nigeria dan Afrika bahawa kami bukanlah seperti yang disangka,” kata Troost-Ekong. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini