United gagal sekat perpindahan Herrera - Utusan Malaysia

United gagal sekat perpindahan Herrera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Bekas pemain Manchester United, Ander Herrera dilaporkan telah meletakkan syarat kepada United untuk menyediakan kontrak dengan gaji sebanyak £163,350,000 (RM1.8 juta) seminggu jika mahu dia kekal di Old Trafford pada musim hadapan.

United yang menghadapi masalah bebanan gaji tidak seimbang tidak mempunyai cara selain melepaskan pemain antarabangsa Sepanyol itu secara percuma kepada Paris Saint-Germain (PSG) Khamis lalu dengan kontrak selama lima tahun.

Keputusan yang dibuat oleh United telah mendapat kritikan hebat daripada para penyokong yang menganggap ia adalah berat sebelah terutamanya apabila ahli lembaga United bersetuju untuk menawarkan kontrak lumayan kepada pemain lain seperti Phil Jones, Ashley Young dan Anthony Martial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Laporan media tempatan melaporkan bahawa Herrera mahukan gaji sebanyak £18 juta (RM93.65 juta) setahun termasuk bonus untuk kekal di United dalam tempoh lima tahun lagi.

Kehadiran bekas penyerang Arsenal, Alexis Sanchez ke United telah mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan para pemain. Mereka mempertikaikan sumbangan pemain antarabangsa Chile itu terhadap kelab sedangkan penerima gaji tertinggi sebanyak £390,000 (RM2.02 juta) seminggu itu lebih banyak memanaskan bangku simpanan sepanjang musim lalu.

Bagi memastikan kedudukan kewangan United kekal kukuh, mereka tidak mempunyai pilihan lain selepas melepaskan Herrera secara percuma. Pada masa yang sama United juga sedang berusaha untuk menjual Sanchez bagi mengurangkan kos membayar gaji pemain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini