Letshaana optimis juarai Sirkit Remaja Kebangsaan - Utusan Malaysia

Letshaana optimis juarai Sirkit Remaja Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pemain Selangor, K. Letshaana optimis mampu mencabar kejuaraan perseorangan perempuan bawah 16 tahun dalam Kejohanan Badminton 100Plus Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Prix Akhir selepas melangkah ke suku akhir hari ini.

Turun sebagai pilihan ke-3/4, Letshaana hanya memerlukan 15 minit untuk mengetepikan pemain Kuala Lumpur, Gooi Xin Yi 21-2, 21-6, sekali gus menempah pertemuan dengan pemain remaja kebangsaan, Lee Xin Jie yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Saya sudah menemui rentak permainan selepas gagal melakukannya sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keyakinan saya semakin tinggi. Saya hanya perlu fokus untuk mendapatkan rentak dan masih belum berada diprestasi terbaik tetapi saya yakin mampu mengharunginya,” kata Letshaana yang tewas kepada Arena Satu Samin pada pusingan kedua di Johor Bahru, Mei lalu.

Xin Jie yang turut beraksi dalam Kejuaraan Dunia Jemputan Shonan Bawah 15 tahun di Jepun mengesahkan slot ke suku akhir selepas dipaksa bekerja keras untuk menang ke atas wakil Kedah, K. Yeshveeni 21-15, 13-21, 21-15 dalam masa 51 minit.

Sementara itu, juara bertahan, Arena Satu dari Sabah berada dalam kelas tersendiri apabila menewaskan Tan Shen Thing (BAM) 21-12, 21-9, sekali gus bakal berdepan pilihan kedua dari BAM, Joanne Ng May Yin yang menang ke atas pemain Selangor, Sik Xiao Hui 21-13, 21-14.

Pilihan utama perseorangan perempuan, Tan Zhang Yi (BAM) turut mara ke suku akhir selepas menang straight set 21-18, 21-12 ke atas Chew Jia Hui (Perak).

“Saya perlu bersabar untuk mengelak banyak kesilapan ketika bermain. Saya perlu bangkit dan memberi fokus yang lebih ketika bermain,” kata Zhang Yi yang akan berdepan wakil Selangor, Siti Nurshuhaini Azman yang menang 21-9, 18-21, 21-13 ke atas wakil Sabah, Goh Shuen Tong.

Turut mara ke suku akhir, Oh Jia Qi dari Johor yang menang ke atas Lim Qi Ling (Selangor) 21-10, 21-15, sekali gus berdepan Khor Jin Weng (BAM).

Dalam saingan perseorangan lelaki bawah 16 tahun, pilihan pertama kejohanan, Fazriq Mohd. Razif mengesahkan slot ke suku akhir selepas menang straight set 21-17, 21-17 ke atas A. Thaanesh Devar (Melaka).

Fazriq yang muncul juara Kejohanan Dunia Jemputan Shonan Bawah 15 tahun akan berdepan Haris Sufian Rushdan (Selangor) yang menang ke atas Goo Vie Keat (Kelantan) 21-15, 21-11.

“Saya menang straight set dalam dua perlawanan terdahulu tetapi ia bukan ukuran kerana akan menjasi semakin sengit selepas ini.

“Saya masih merasa keletihan selepas pulang dari Jepun tetapi ianya tidak menjejaskan misi untuk terus memburu kejuaraan,” kata Fazriq. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini