Lelaki disamun ‘tukang urut’ seksi - Utusan Malaysia

Lelaki disamun ‘tukang urut’ seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Empat lelaki dan seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai menyamun seorang lelaki di sebuah hotel di Jalan Borneo, Kuching, Sarawak semalam.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komsisioner Awang Din Awang Gani berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 34 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi selepas tujuh jam laporan berhubung kejadian diterima.

Menurutnya, mangsa dirompak selepas terpedaya dengan tawaran kumpulan suspek yang kononnya menawarkan khidmat urut melalui aplikasi ‘MiChat’ dengan menggunakan gambar cantik dan seksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila mangsa bersetuju menerima perkhidmatan yang ditawarkan, mereka kemudian terus ke bilik mangsa dan melakukan samun berkumpulan dengan menggunakan senjata pisau untuk mendapatkan pelbagai harta dan barang berharga milik mangsa.

“Sejurus menerima laporan pada pukul 2.57 pagi (Khamis), satu operasi memburu suspek dilancarkan dan kesemua suspek pada pukul 10 pagi( hari sama),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Awang Din memberitahu, kesemua suspek kemudian dihadapkan ke Mahkamah Kuching hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Jelasnya, mereka akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

“Orang ramai yang menginap di hotel di bandar raya ini diingatkan agar lebih berhati-hati dengan modus operandi terbaru ini.

“Sebarang maklumat atau bantuan kecemasan boleh dikemukakan dengan menghubungi 082-244444 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini