BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 6 JULAI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 6 JULAI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG turut berdoa agar permohonan kerajaan mendapatkan kuota tambahan untuk jemaah haji Malaysia pada tahun ini akan diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi.

 Kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof semalam iaitu “Alhamdulillah saya dengar-dengar di hujung telinga, positif, insya-Allah, tapi ada berita baik” melegakan kita.

 Bagaimanapun kita perlu faham sama ada Malaysia akan mendapat kuota tambahan atau tidak, ia bergantung sepenuhnya kepada kerajaan Arab Saudi.  Oleh itu Awang berharap janganlah ada mana-mana pihak menyalahkan kerajaan kalau ia tidak diperoleh.
  Selain persahabatan antara kedua-dua negara, apa yang akan turut menyumbang kerajaan Arab Saudi mempertimbangkan permohonan kerajaan ialah rekod jemaah kita yang diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji

Memuatkan artikel berkaitan…

 Setiap tahun pengurusan haji Malaysia dianggap terbaik di dunia dan ia dibantu pula oleh disiplin yang ditunjukkan oleh jemaah haji kita. Semua faktor ini pasti akan memberi peluang kepada negara ini mendapat kuota tambahan. Sama-samalah kita berdoa.
 

AWANG – Kagum prestasi Tabung Haji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini