Bermula dengan bintik halus atau tompok kecil bertekstur kasar di permukaan kulit, ketuat membawa kepada rasa jijik dan kegatalan jika sistem ketahanan tubuh tidak berupaya mengekang pertumbuhannya.
Ketuat ialah sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti itu akan menjadi timbul dan keras. Kawasan yang dijangkiti ketuat akan membentuk bonjolan kecil yang menggerutu dan kasar pada kulit. Kebiasaannya akan dijangkiti di bahagian tangan, jari atau kaki.
Ketuat disebarkan melalui sentuhan dan selalunya merebak melalui kulit yang pecah atau kulit yang lembap. Ketuat tidak memilih mangsa, ia boleh dialami oleh lelaki dan wanita. Jika kamu ingin membuang ketuat, berhati-hati kerana darah yang keluar setelah kita mengeluarkan ketuat itu memang banyak.
Malah, ketuat juga boleh dijangkiti melalui darah yang dikeluarkan setelah mengeluarkan ketuat itu. Jadi, sentiasalah berhati-hati ketika mengeluarkan ketuat itu ya.
Petua hilangkan ketuat
Bawang putih
* Kikis ketuat terlebih dahulu dan kemudian lekatkan atau sental ketuat pada kaki.
Kapur sirih
* Sapu kapur sirih pada ketuat sebelum tidur dan biarkan ia kering. Ia akan mematikan ketuat semasa tidur.
Cuka
* Basahkan kapas dengan cuka kemudian letakkan kapas itu ke bahagian yang terkena ketuat.
Bagaimana nak menghalang ketuat?
* Elakkan daripada menyentuh ketuat orang lain.
* Jangan gigit atau gunakan ketip kuku kerana ia menyebabkan virus pada ketuat merebak dengan lebih cepat.
* Pakai selipar ketika berada di kawasan lembap terutama di bilik air.
* Elakkan berkongsi stoking, kasut, tuala dan pisau cukur dengan orang lain
* Balut ketuat dengan kain supaya ia tidak merebak ke tempat lain terutama di jari.
* Pastikan kawasan yang dijangkiti ketuat tidak lembap dan setiasa kering.
* Sentiasa pastikan kaki kamu berada dalam keadaan kering dan tidak basah.
-Mingguan Malaysia-











