Muthu pertahan kesahihan AGM KOM - Utusan Malaysia

Muthu pertahan kesahihan AGM KOM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk SM Muthu mempertahankan kesahihan perjalanan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan pemilihan pucuk pimpinan penggal 2019-2022, Ahad lalu.

Katanya, tiada mana-mana perwakilan dari 13 negeri ahli gabungan KOM yang menghadiri AGM di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu yang menyatakan bantahan terhadap perjalanan mesyuarat, termasuk sama ada pentadbiran lama perlu dibubarkan sebelum pemilihan dijalankan.

“Kami tiada masalah jalankan AGM itu. Tiada perwakilan yang membantah perjalanannya kerana dibuat dengan cara yang betul,” katanya pada sidang akhbar menjawab dakwaan pemerhati bebas yang juga bekas Pengarah Pusat Prestasi Tinggi Olahraga Asia, Datuk Mohd. Musa Noor Mohd., semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Musa turut mendakwa, cadangan pembubaran oleh Timbalan Presiden Persatuan Olahraga Johor, Sallehudin Satar tidak diendahkan Ahad lalu, sehingga menjadikan KOM kini memiliki dua presiden, dua timbalan presiden dan lapan naib presiden (baharu dan lama).

Namun Sallehuddin yang turut menghadiri sidang akhbar hari ini, mengakui pembubaran pentadbiran lama telah berlaku secara automatik mengikut agenda AGM sebaik sahaja pengerusi mesyuaratnya diambil alih oleh bekas Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi.

Dia turut pelik mengapa seorang pemerhati bebas yang menimbulkan isu itu sedangkan jika ada pun, yang lebih berhak berbuat demikian ialah para perwakilan AGM malah mereka sebulat suara menerima keputusan pemilihan itu.

“Tidak timbul pemilihan itu tidak sah atau kena buat balik. Datuk Sieh seorang yang banyak pengalaman dalam pemilihan MOM dan kami yakin AGM sudah berjalan dengan telus. Kenapa dia (Musa) pula yang bantah, dia orang luar, tiada kena-mengena untuk kata pemilihan itu tidak sah,” katanya.

Muthu juga tidak pasti siapa yang membawa masuk Musa sebagai pemerhati bebas namun menganggap kehadirannya mungkin atas status sebagai pegawai ahli gabungan Persatuan Olahraga Pahang sahaja dan bukan perwakilan negeri-negeri dalam AGM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini