Nuralif, Ashrul ke Grand Final 2019 di Taiwan - Utusan Malaysia

Nuralif, Ashrul ke Grand Final 2019 di Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUA pemain golf berbakat besar, Nuralif Mohd. Zahari dan Ashrul Affendi Minghat menempah slot ke saingan Grand Final di Taiwan selepas mengungguli kategori masing-masing sewaktu pusingan kelayakan keempat Astro Master 2019 di Orna Golf & Country Club, Melaka.

Kejohanan yang berlangsung pada 29 Jun lalu menyaksikan Nuralif muncul pemenang bagi kategori gross manakala Ashrul dinobat sebagai juara nett.

Dalam saingan kategori gross, Nuralif menamatkan saingan dengan catatan tiga dia atas par 75 bagi membolehkan dia muncul juara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain berkenaan berjaya melakukan tiga birdie, empat bogey dan double bogey dalam kadnya.

“Sesuatu yang menakjubkan apabila dalam beraksi semula untuk saingan Grand Final nanti selepas kali pertama layak pada tiga tahun lalu di Pattaya yang menyaksikan saya menamatkan aksi di tempat ketiga.

“Kesemua pukulan iron saya menjadi malah membantu bagi mendapatkan skor terbaik.

“Bagaimanapun, saya melakukan kesilapan ketika lubang terakhir dengan melakukan double bogey,” kata Nuralif.

Sementara itu, Ashrul yang menamatkan aksi nett dengan catatan 67 nett berkata, dia amat gembira dapat meraih tempat ke Taiwan malah tidak sabar untuk beraksi dalam saingan Grand Final tersebut.

“Sewaktu aksi kelayakan ini, semua pukulan chip saya amat baik begitu juga ketika putt.

“Selepas beberapa lubang saya dapat rasakan peluang untuk memenangi saingan ini sudah memihak saya,” kata Ashrul. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini