Irfan sering pukul kaki sendiri - Utusan Malaysia

Irfan sering pukul kaki sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 5 Julai – Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, Irfan Wafiy Idham Wazir yang disahkan menghidap Myokimia dipercayai akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Mac lalu sering memukul kakinya kerana tidak percaya dia menghidap penyakit itu.

Bapanya, Idham Wazir A Wahab, 49, berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun itu tidak pernah mempunyai sejarah penyakit berbahaya sebelum ini.

Jelasnya, anak keempat daripada lima beradik itu merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan gemar melakukan aktiviti renang di masa lapangnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anak saya tidak pernah sakit sebelum ini, memang dia tidak pernah kena. Selepas menghidapi penyakit itu, dia nampak terjejas, murung serta hilang keyakinan diri dan tidak seperti dahulu lagi.

“Kadang-kadang bila dia duduk sendiri, dia memukul-mukul kakinya dan bertanya kepada saya kenapa dia terkena penyakit seperti ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Dahlia di sini hari ini.

Beliau berkata, kini segalanya sudah berubah dan anak lelakinya itu dilihat sudah mula hilang keyakinan diri dan personalitinya juga tidak seperti dahulu lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini