80 peserta baharu sertai kursus kemahiran, keusahawanan ECER Rompin - Utusan Malaysia

80 peserta baharu sertai kursus kemahiran, keusahawanan ECER Rompin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 80 peserta baharu terdiri daripada suri rumah dan pelajar menyertai Kursus Kemahiran dan Keusahawanan Siri 2019/2020 di Pusat Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Rompin, Pahang, semalam.

Pengurus Projek ECER Rompin, Surain Kanda berkata, kursus selama sembilan bulan termasuk latihan industri yang bermula hari ini itu menawarkan kursus panel solar, fotografi dan penggunaan dron, pendawaian eletrik, katering dan bakeri secara percuma.

“Kursus kemahiran lain termasuk kecantikan, penjagaan rambut, fesyen, pengurusan pelancongan dan perniagaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Surain berkata, bagi memberi semangat kepada peserta, pihaknya turut berkongsi kejayaan dan merasmikan ‘Food Truck’ Tortilla milik usahawan, Nor Khamisah Ismail, 47, yang menyertai kursus anjuran ECER Rompin pada 2016.

“Nor Khamisah menyertai kursus membuat roti Tortilla dan kini memiliki food truck sendiri. Kejayaan ini diharap menjadi contoh dan kekuatan kepada peserta-peserta baharu,” katanya.

Perasmian ‘Food Truck’ Tortilla telah disempurnakan Penolong Pegawai Daerah (PPD) Rompin, Rudy Rohan Johan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini