Syafiq Kyle bakal beraksi di pentas teater - Utusan Malaysia

Syafiq Kyle bakal beraksi di pentas teater

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Syafiq Kyle mengakui teruja apabila ditawarkan untuk membintangi naskhah teater terbaharu terbitan produser terkemuka, Erma Fatima.

Syafiq, 27, berkata, selain berasa tidak sabar untuk beraksi secara langsung di atas pentas besar, dia juga mahu mencuba sesuatu yang baharu bagi mengembangkan portfolio seninya.

“Sejujurnya, saya sudah lama ingin berlakon teater. Maklumlah, apabila kita berlakon di atas pentas yang besar, pengalaman yang bakal diraih nanti juga berbeza.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tambahan pula, saya memang suka mencuba perkara babaru. Jadi, apabila Erma Fatima memberikan tawaran, saya terus terima tanpa berfikir panjang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah pelakon drama Bukan Cinta Aku itu, penglibatan pertamanya di pentas teater kelak turut disertai pelakon popular, Janna Nick.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh bercerita lanjut mengenai judul dan jalan cerita naskhah tersebut secara keseluruhan.

“Apa yang pasti, pengumuman rasmi mengenai pementasan ini akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini