Kebersihan fokus utama persiapan Tahun Melawat Malaysia 2020 - Utusan Malaysia

Kebersihan fokus utama persiapan Tahun Melawat Malaysia 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Program Lawatan Kemaskini Produk Pelancongan dan aktiviti Voluntourism-Beach Clean Tourism Malaysia di negeri ini dan Terengganu kini sedang giat berlangsung sebagai persiapan utama sebelum Tahun Melawat Malaysia 2020 bermula, tahun depan.

Timbalan Pengarah Kanan Tourisme Malaysia Putrajaya, Mohd. Nasir Kushairi berkata, dalam usaha menarik lebih 30 juta pelancong ke negara ini, sekali gus menjana pendapatan sehingga RM100 bilion, aspek kebersihan di lokasi menarik perlu diberi penekanan di samping mempromosi kebudayaan Malaysia yang unik.

Menurutnya, Tourism Malaysia menugaskan 18 orang pegawainya untuk menyertai Lawatan Kemaskini dan kerja amal tersebut bermula hari ini bagi membantu mempromosikan produk pelancongan terkini dan sedia ada di kedua-dua negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara lokasi akan dilawati di Kelantan ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Kubang Kerian, Pasir Puteh dan Bachok, selain beberapa lokasi di sempadan Terengganu.

“Selain produk kesenian Kelantan juga memikili aset kepelbagaian jenis makanan tradisional yang boleh dijadikan produk pelancongan,” katanya ketika ditemui pemberita dalam program Voluntourism – Beach Clean di pesisir Pantai Bisikan Bayu Semerak, dekat sini, hari ini.

Program gotong-royong membersih pantai dijayakan bersama 80 sukarelawan dari pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama Tok Aman Bali Beach Resort.

Mohd. Nasir berkata, Tourism Malaysia juga akan memastikan pihaknya mengetengahkan keindahan seni jalanan, pasar Siti Khatijah, Galeri Wau Pak Sapie, Kilang Mancis Tertua Malaysia dan lain-lain lokasi di negeri sepanjang TMM2019.

PESERTA gotong-royong Tourisme Malaysia melakukan senaman ringan sebelum memulakan kerja membersih Pantai Bisikan Bayu Semerak, di Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. – UTUSAN ONLINE/TOREK SULONG

“Kita juga menyarankan agar Kerajaan Kelantan berusaha membangunkan prasarana di Gelanggang Seni supaya menjadi lebih selesa sebagai pusat tumpuan pelancong yang mahu menyaksikan keunikan seni dan budaya Kelantan.

“Gelanggang Seni perlu dijadikan medan mengetengahkan seni warisan yang dimiliki oleh penduduk setempat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini