Lelaki, motosikal tercampak dalam longkang - Utusan Malaysia

Lelaki, motosikal tercampak dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Seorang lelaki dan motosikalnya tercampak ke dalam longkang selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Kenari di Kilometer 10.5, Jalan Seremban-Port Dickson di sini pagi tadi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu, mangsa, M. Dhevakumar yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC datang dari arah Seremban menuju Port Dickson.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Perodua Kenari di laluan sama telah menukar arah dari lorong kanan ke kiri secara tiba-tiba.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori tidak sempat membrek dan mengelak lalu melanggar bucu belakang sebelah kiri kereta berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa dan motosikalnya tercampak ke dalam longkang di kiri bahu jalan.

“Mangsa mengalami retak tulang lutut kanan, tulang pinggul kanan teralih dan luka-luka di badan telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini