Lans Koperal ditahan bantu siasatan penemuan dadah - Utusan Malaysia

Lans Koperal ditahan bantu siasatan penemuan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan bagi membantu siasatan susulan penemuan pelbagai jenis dadah di dalam lokap polis Mahkamah Johor Bahru di sini Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, anggota polis yang bertugas sebagai pengawal pengiring Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seri Alam yang berusia 42 tahun itu ditahan pada pukul 3.30 petang.

“Tangkapan ke atas suspek bagi membantu siasatan berikutan penemuan dadah disyaki jenis syabu seberat 148.96 gram (g), ganja (391.60g), heroin (184.85g) dan 128 biji Erimin 5 (25.68g).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dadah-dadah ini ditemui anggota polis yang bertugas di lokap tahanan di Mahkamah Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Kamarudin berkata, suspek ditahan reman selama tiga hari bermula 2 Julai hingga hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelasnya, ujian air kencing ke atas suspek mendapati negatif sebarang penyalahgunaan dadah. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini