Tarik balik perintah pengambil tanah SJKC Tai Thung - Utusan Malaysia

Tarik balik perintah pengambil tanah SJKC Tai Thung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menggesa Kementerian Pendidikan menarik balik perintah pengambilan tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tai Thung di Salak Selatan di sini dan berhenti menarik balik kelulusan tanah yang telah diberikan kepada sekolah itu pada 2015.

Dominic berkata, pada tahun tersebut, kementerian dan Pejabat Tanah telah meluluskan tanah seluas 1.04 hektar untuk sekolah itu memperluaskan kawasannya.

“Sekarang, Kementerian Pendidikan mahu menarik balik tanah dan membina Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Sekolah itu telah bekerja keras untuk mendapatkan dana daripada orang ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekolah SJKC Tai Thung juga telah memindahkan pintu masuk utama sekolah ke tempat lain untuk keselamatan pelajar dan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dominic dalam pada itu turut mencadangkan agar Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching untuk bertemu dengan wakil dari SJKC Tai Thung untuk mendengar pandangan sekolah dan memahami persekitaran sekolah, dan kemudian menilai sama ada tanah patut ditarik balik.

“Mungkin Nie Ching akan mengatakan bahawa ini adalah keputusan kerajaan terdahulu, tetapi sekarang dia boleh menggunakan kuasa sebagai menteri untuk menghentikan langkah itu.

“Walau apa pun, saya berharap Kementerian Pendidikan dan Pejabat Tanah akan berbincang dengan sekolah dan ibu bapa sebelum keputusan dibuat kerana semua orang tidak mahu sebarang kemalangan di masa depan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini