JIM Pulau Pinang tahan 33 pekerja asing - Utusan Malaysia

JIM Pulau Pinang tahan 33 pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 33 pekerja warga asing dalam serbuan di 13 lokasi di sekitar Batu Feringghi di sini dan Bukit Mertajam dekat sini semalam.

Antara yang ditahan ialah sembilan lelaki warga Bangladesh, (lapan) Myanmar, (empat) wanita Indonesia, (empat) lelaki Indonesia dan (tiga) lelaki Thailand serta masing-masing seorang wanita Thailand, Myanmar, lelaki Syria dan lelaki Yemen.

Pengarah JIM negeri, Muhamad Husni Mahmud berkata, Ops Bersepadu bermula pukul 5 petang sehingga tengah malam itu dibuat selepas aduan diterima berhubung kehadiran ramai pekerja warga asing tanpa permit di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam operasi di sekitar Batu Feringghi, kita memeriksa 12 premis termasuklah kedai pakaian, kedai gunting rambut, pusat urut, dan kedai makanan, manakala di Bukit Mertajam sebuah tapak pembinaan telah diserbu.

“Dalam operasi berkenaan seramai 55 orang telah diperiksa dan kita mendapati 33 daripada mereka termasuk tiga wanita tidak mempunyai permit yang sah untuk bekerja di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya kesemua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini