Pemandu lori maut, dua kelindan parah kemalangan di NKVE - Utusan Malaysia

Pemandu lori maut, dua kelindan parah kemalangan di NKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori maut manakala dua kelindan parah apabila lori yang dinaiki mereka melanggar sebuah lori yang membawa muatan simen konkrit dalam kejadian di Kilometer 20.9 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala utara pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohd. Zani Che Din berkata, dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi itu, mangsa, Mohd. Fuad Sairan, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi kelindan iaitu Mohd. Akbar Shah Indra Mohd. Hilmi, 25, dan Mohamad Norizam Amin, 35, cedera parah.

“Siasatan awal mendapati lori yang dinaiki mangsa membawa muatan perabot dari Batu Pahat, Johor telah melanggar belakang sebuah lori yang membawa muatan simen konkrit ketika melalui lebuh raya tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat perlanggaran itu, pemandu lori maut di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zani menambah, pemandu lori berusia 34 tahun yang membawa muatam simen konkrit itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk tujuan bedah siasat.

“Dua lagi mangsa yang parah turut dibawa ke hospital yang sama untuk menerima rawatan selanjutnya,” ujarnya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohamad Azirul Ikmal Mohamed Nordin di talian 013-4284263. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini