Jemaah haji mula tiba di Arab Saudi - Utusan Malaysia

Jemaah haji mula tiba di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH 5 Julai – Jemaah haji dari luar mula tiba di Arab Saudi semalam bagi memulakan ibadat haji bagi tahun 2019.

Saudi Gazette melaporkan, kumpulan pertama jemaah yang tiba ke negara ini adalah dari India, Pakistan, Bangladesh dan Malaysia.

Ketibaan semua jemaah turut disambut oleh Kementerian Haji dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA), selain mereka diberi jambangan bunga dah hadiah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jemaah dari Indonesia, Malaysia, Pakistan, Bangladesh dan Tunisia buat pertama kali menggunakan kemudahan imigresen iaitu ‘Laluan Mekah’ yang membolehkan mereka melepasi laluan imigresen terlebih dahulu berbanding jemaah dari negara lain.

Sistem Pembuktian Konsep (POC) itu dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa Arab Saudi dan kelima-lima negara berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini