KUALA LUMPUR – Syarikat e-dagang, Lazada menganjurkan Festival Pertengahan Tahun pada 12 Julai ini meliputi enam pasaran di Asia Tenggara dengan tawaran disakun sehingga 50 peratus.
Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, Diana Boo berkata, festival itu memberi tawaran menarik kepada pembeli juga penjual lebih-lebih lagi ia dianjurkan pada waktu yang selalunya senyap bagi musim membeli-belah.
“Pelbagai ciri baharu diperkenal antaranya permainan secara langsung ‘Guess IT’ dan pratempahan ‘Chup Dulu’ membolehkan pengguna untuk membuat tempahan awal bagi produk terpilih,” katanya pada majlis pengenalan ciri baharu aplikasi Lazada di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











