NEW YORK – Seorang lelaki parah selepas bateri rokok elektronik (e-rokok) miliknya meletup secara tiba-tiba.
Nader Harb melecur tahap tiga pada bahagian pahanya susulan kejadian itu.
“Kesakitan ini tidak pernah saya alami sebelum ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Saya pernah mengalami pelbagai kecederaan, namun tidak seperti ini,” katanya.
Ekoran insiden berkenaan, lelaki yang bekerja sebagai penjual daging itu mengambil tindakan saman terhadap syarikat Korea Selatan, LG Chem yang menghasilkan bateri jenis LGHG2 itu.- AGENSI











