Mekanik warga emas parah ditetak - Utusan Malaysia

Mekanik warga emas parah ditetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Seorang mekanik warga emas cedera parah ditetak dengan kelewang dalam kejadian di bengkel miliknya di Kampung Paya Rawa di Kampung Raja dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rawi berkata, kejadian pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berumur 61 tahun sedang membaiki motosikal sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali yang juga menaiki motosikal.

Katanya, pembonceng motosikal itu yang memakai topi keledar, bertopeng dan bersenjatakan kelewang dikatakan menyerbu ke dalam premis berkenaan lalu menyerang mangsa sebelum melarikan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian disedari oleh isteri mangsa yang ketika itu berada di dalam rumah yang terletak di belakang bengkel tersebut selepas terdengar jeritan suaminya.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di lengan kanan manakala luka di lengan kiri dan kaki kemudian dikejarkan ke Hospital Besut,” katanya kepada pemberita.

Menurut Mohd. Zamri, mangsa bagaimanapun dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Katanya, mangsa gagal mengenal pasti nombor pendaftaran serta jenis motosikal yang dinaiki suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini