Kematian anak bongsu di luar jangkaan - Utusan Malaysia

Kematian anak bongsu di luar jangkaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Keluarga Wan Mohammed Adam Mohd. Suria, murid Darjah Enam yang maut terjatuh dari lantai bas reput di Kampung Kandis, di sini tidak menduga anak bongsu mereka yang tekun belajar bagi menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) meninggal dunia tanpa sebarang petanda awal.

Bapa mangsa, Mohd. Suria Ismail, 46, berkata, Wan Mohammed Adam, 12, sentiasa menunjukkan kerajinan menyertai kelas tambahan atau program pendidik di luar sekolah.

Menurutnya, arwah juga adalah salah seorang murid yang terpilih menyertai kelas bahasa Inggeris Empower di bawah seliaan Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECER) yang diadakan pada setiap hujung minggu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Arwah juga murid yang aktif dalam sukan dan merupakan seorang pengawas di sekolah. Dia mewakili daerah dan negeri dalam pertandingan catur, bola sepak dan bola tampar,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Tengku Anis Pasir Puteh, petang ini.

Ketika kejadian, Mohd. Suria berkata dia berada di Bukit Belah, Machang kerana menyiapkan kerja kimpalan.

Menurutnya, anak bongsu daripada empat beradik itu adalah harapan keluarga untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti bagi memenuhi impiannya untuk belajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

“Saya mendapat panggilan yang mendukacitakan dari salah seorang penganjur tanpa dihubungi oleh mana-mana guru sekolah berkenaan.

“ Walaupun reda dengan pemergiannya, sebagai anak tunggal lelaki dalam keluarga ini adalah satu kehilangan besar bagi keluarga kami,” katanya.

Jenazah mangsa akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Bakar, Machang, selepas solat Isyak malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini