Suspek pembunuhan di Melbourne ditahan - Utusan Malaysia

Suspek pembunuhan di Melbourne ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE – Seorang lelaki warga negara New Zealand ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan di sebuah tapak letak kereta di Chelsea Heights baru-baru ini.

Lapor NZ Herald, Alex Manuel, 27, diburu polis sejak inisiden itu berlaku pada bulan lepas.

Mangsa, Ricky Thompson ditemukan mati dengan kesan tikaman pada tubuhnya di tapak letak kereta berdekatan sebuah kelab malam, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis Victoria hari ini mengesahkan penangkapan Manuel.

Pembunuhan berlaku selepas kedua-dua individu didakwa bergaduh di kawasan tersebut sekitar 18 Jun yang lalu.

Thompson yang ditemukan bernyawa oleh penduduk setempat disahkan meninggal dunia di hospital keesokan harinya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini