2 kilang berdepan tindakan undang-undang - JAS - Utusan Malaysia

2 kilang berdepan tindakan undang-undang – JAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Dua premis kilang bakal berdepan tindakan mahkamah selepas disyaki melanggar undang-undang berkaitan alam sekitar mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata, tindakan itu ekoran operasi yang dijalankan pihaknya sejak 20 Mac lalu.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap dua buah kilang, kedua-dua pengurusan kilang ini juga dijangka akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak operasi dimulakan, kita telah mengeluarkan 98 kompaun atas pelbagai kesalahan termasuk 46 notis arahan dan sembilan perintah tahan operasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan alat pengesan gas di SK Taman Nusa Damai, di sini sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini