MFL akhirnya bayar hak penyiaran - Utusan Malaysia

MFL akhirnya bayar hak penyiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penantian pembayaran hak penyiaran kepada pasukan Liga Malaysia (Liga M) 2019 akhirnya berakhir apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan membuat pembayaran bermula bulan ini.

Badan pentadbir liga tempatan itu, hari ini mengumumkan kemasukan rakan kongsi baharu Enervive Consultancy Sdn Bhd (EVC) dalam penstrukturan hak penyiaran Liga Malaysia bermula musim 2020.

Dengan kemasukan rakan kongsi baharu ini bakal menyaksikan setiap pasukan bertanding di Liga Malaysia akan menerima hak penyiaran sama seperti musim lalu bagi musim 2019 iaitu sebanyak RM3 juta bagi pasukan Liga Super dan RM1 juta bagi pasukan Liga Perdana sebelum 15 Julai depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk menjelaskan berkenaan isu ‘geran’ yang selalu ditanya-tanya oleh media, saya mahu mengambil kesempatan untuk membetulkan penggunaan perkataan sebenar adalah hak penyiaran, bukannya geran.

“Oleh sebab itu angka (hak penyiaran) melonjak jauh lebih besar daripada geran yang diberikan pada waktu dahulu.

“Perkongsian hak penyiaran ini penting oleh kerana hak penyiaran semakin naik pada masa akan datang. Jadi pendapatan pasukan turut melonjak naik dalam waktu yang sama.

“Untuk menjelaskan isu yang berkait (kelewatan pembayaran hak penyiaran bagi) musim 2019, hak siaran tetap akan diberikan kepada pasukan-pasukan sama seperti tahun lepas iaitu RM3 juta (pasukan Liga Super) dan RM1 juta (pasukan Liga Perdana),” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam.

Tambahnya, pembayaran hak penyiaran akan dibuat sebanyak dua kali di mana pembayaran pertama bermula pada bulan ini disusuli pembayaran akhir pada 15 Ogos depan.

Dalam perkembangan sama, menerusi penstrukturan semula Liga Malaysia 2020 menyaksikan hak penyiaran Liga Malaysia secara terus kepada pengguna khususnya penyokong bola sepak tempatan.

Bermula musim depan, MFL tidak lagi bergantung kepada syarikat penyiar bagi mendapatkan dana pembayaran hak penyiaran kepada setiap pasukan bertanding.

Malah, penyokong bakal memainkan peranan penting untuk menjana pendapatan pasukan dengan melanggan aplikasi yang bakal diperkenalkan oleh EVC dalam masa terdekat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini