Tarikh tutup pertandingan video LZS dilanjutkan - Utusan Malaysia

Tarikh tutup pertandingan video LZS dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) melanjutkan tarikh penyertaan pertandingan Reka Cipta Video Inspirasi sehingga 31 Julai ini.

LZS dalam satu kenyataan memberitahu, pertandingan itu dibuka kepada mereka yang pernah atau sedang menerima bantuan zakat pendidik dari dalam dan luar negara.

“Peserta hendaklah menyediakan video berdurasi satu hingga tiga minit dan perlu bertemakan tarbiah dan dakwah berkaitan zakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Video yang ingin dihantar untuk penyertaan boleh dimuatnaik di Instagram dengan hashtag #VideoInspirasiKreaftifLZS.

“Mereka juga perlu sertakan nama, umur dan pengajian di ruangan kapsyen,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pemenang pertama akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang hadiah RM750 dan RM650.

“Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh layari laman web https;//www.zakatselangor.com.my/pertandingan-cipta-video-inspirasi-kreatif,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini