Yaya Toure sertai kelab China - Utusan Malaysia

Yaya Toure sertai kelab China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI – Bekas pemain Barcelona dan Manchester City Yaya Toure sah menandatangani kontrak dengan kelab China, Qingdao Huanghai, umum kelab tersebut.

Pemain berpengalaman itu tidak menyertai sebarang pasukan sejak meninggalkan Olympiacos, Disember lalu sehingga ejennya mendakwa dia telah bersara namun Toure menafikan perkara tersebut.

Bekas pemain tengah Ivory Coast itu akan membantu Qingdao Huanghai ke Liga Super China (CSL) musim depan dengan kelab barunya itu sedang mendahului carta liga divisyen dua selepas 15 perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak permulaan karier, saya sentiasa sukakan cabaran baru dan kini, saya memilih untuk mengambil cabaran baru ini untuk mencipta sejarah dengan Qingdao Huanghai.

“Ini merupakan kelab muda yang amat menarik dengan potensi yang besar dan kami berkongsi falsafah yang sama iaitu untuk bermain bola sepak yang indah.

“Saya amat berbesar hati untuk berkembang dan berjaya dengan pasukan ini. Saya percaya pengalaman saya dalam bola sepak akan menawarkan sesuatu yang baru untuk kelab yang sedang meningkat naik ini.

“Kami mampu mencipta sejarah yang hebat. Saya tidak sabar untuk melihat bola sepak dan melakukan magis sekali lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Toure, yang pernah menyertai Monaco dan Barcelona, merupakan antara legenda bola sepak era moden dengan pemain berusia 36 tahun itu pernah merangkul empat Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Afrika. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini