Tokan edar dadah di pusat hiburan ditahan - Utusan Malaysia

Tokan edar dadah di pusat hiburan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI – Seorang pengedar dadah yang aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah di pusat hiburan sekitar bandar raya Miri telah ditahan dalam satu serbuan di Jalan Marina 3 semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 6.30 petang turut merampas pelbagai dadah bernilai RM2,050.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintenden Sahar Abdul Latif berkata, suspek berusia 32 tahun berasal dari Bintulu telah ditahan di tempat letak kereta di tepi sebuah pusat hiburan di kawasan tersebut hasil maklumat orang awam serta risikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa pemeriksaan dijalankan ke atas suspek, kita menemukan 10 biji atau 3.55 gram pil ekstasi serta ketamin seberat 7.25 gram.

“Hasil saringan air kencing terhadap suspek bagaimanapun negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahg Sahar, suspek yang sudah berkahwin serta menganggur telah aktif dalam kegiatan pengedaran dadah bermula pertengahan tahun 2018 di pusat hiburan bandar raya Miri.

“Suspek kini ditahan reman dan akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini