PPANS berpindah ke bangunan PKNNS Seremban 2 - Utusan Malaysia

PPANS berpindah ke bangunan PKNNS Seremban 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 3 Julai – Perbada-nan Perpustakaan Awam Ne-geri Sembilan (PPANS) yang sebelum ini beroperasi di Bangunan Wisma UMNO, Jalan Datuk Sheikh Ahmad di sini akan berpindah ke Bangunan Perbadanan Kemajuan Ne-geri, Negeri Sembilan (PKNNS) Seremban 2 di sini pada hujung tahun ini.

Aminuddin Harun

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata keputusan untuk pemindahan PPANS itu dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan itu dibuat memandangkan Bangunan PKNNS lebih selesa dan luas untuk memberi kemudahan kepada pelajar, anggota PPANS dan pengunjung perpustakaan tersebut. Apa yang menarik ialah sewanya lebih murah daripada yang sedia ada (Bangunan Wisma UMNO).

“Di samping itu juga, kita menggunakan sepenuhnya bangunan kerajaan negeri di mana PKNNS adalah agensi di bawah kerajaan negeri. Kita gunakan bangunan kerajaan negeri supaya bangunan ini tidak tinggal kosong dan ini akan memberikan nilai tambah kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) di sini. Turut hadir ialah Pengarah Sains Wan Rasdi Wan Ismail dan Pengurus Besar Sains Zulkifli Ibrahim.

Mengulas lanjut, beliau berkata Bangunan PKNNS itu kini sedang diubah suai dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Katanya lokasi baharu di Bangunan PKNNS ini didapati lebih selamat dan mudah dikunjungi serta mendapat kemudahan yang lebih baik dan ini akan menggalakkan lagi para pelajar dan orang ramai untuk datang ke perpustakaan tersebut.

“Di samping itu, bangunan PKNNS ini juga mempunyai parkir yang banyak dan berhampiran dengan pusat membeli-belah Aeon Mall Seremban 2 dan jika ibu bapa hendak membeli-belah di Aeon Mall, mereka boleh sahaja meninggalkan anak mereka di PPANS dan selesai membeli-belah mereka boleh mengambil anak mereka,” katanya.

Mengenai Hospital Rembau, beliau berkata setakat ini bangunan hospital tersebut telah siap 99 peratus dan ia dijangka mula beroperasi tidak lama lagi.– BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini