Coutinho kekal di Barca - Utusan Malaysia

Coutinho kekal di Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Ejen Philippe Coutinho, Kia Joorabchian berkata pemain tengah itu akan kekal bersama Barcelona dan menafikan khabar angin yang mengatakannya ingin berpindah.

Pemain berusia 27 tahun itu melalui fasa naik turun bersama Barcelona sejak menyertai juara La Liga itu dari Liverpool pada Januari 2018.

Bagaimanapun Coutinho yang turut dikaitkan dengan Manchester United tidak akan berpindah pada musim panas ini, kata ejennya, dengan Barcelona difahamkan ingin mengekalkannya di Camp Nou.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sudah bercakap beberapa hari lalu dengan Pep Segura (pengurus besar Barcelona).

“Dia beri tahu saya bahawa kelab tidak mahu menjual Coutinho pada musim panas ini walaun apapun yang akan terjadi. Lagi satu, kita juga tidak pernah mengadakan perbincangan dengan Paris Saint Jerman.

Countinho tampil sebanyak 75 perlawanan bersama Barcelona sejak berpindah dari Anfield, dan meledak 21 gol sejak berada di Camp Nou.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini