Bursa Malaysia rendah sedikit pada tengah hari - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia rendah sedikit pada tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada akhir dagangan pagi hari ini berbanding prestasi bursa-bursa lain di Asia.

Seorang peniaga berkata, pelabur masih menilai data perdagangan Mei 2019 yang baru dikeluarkan, yang menunjukkan eksport negara berkembang 2.5 peratus tahun ke tahun kepada RM84.15 bilion.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.97 mata kepada 1,689.08 berbanding 1,690.05 pada penutupan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Indeks bergerak antara 1,686.44 dan 1,690.81 pada sesi pagi.

Kedudukan pasaran positif dengan 380 kaunter untung berbanding 313 kaunter rugi, manakala 370 kaunter tidak berubah, 777 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.76 bilion unit bernilai RM811.31 juta.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini mengumumkan perdagangan pada Mei meningkat dua peratus tahun ke tahun kepada RM159.21 bilion, manakala eksport meningkat 2.5 peratus kepada RM84.15 bilion, dan import menambah 1.4 peratus kepada RM75.06 bilion. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini