Putra menolak dan menentang dengan keras cadangan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori keatas 11 kesalahan jenayah serius termasuk pembunuhan dan kesalahan terhadap Ketua Negara Yang Di Pertuan Agung.
Pilihan hukuman mati mandatori di ganti dengan penjara 30 tahun àtau seumur hidup ikut budi cara hakim membuka ruang kepada Hakim menjatuhkan hukuman lebih ringgan kerana akan timbul perasaan kesian atau akan ada usaha berbagai cara untuk mempergaruhi hakim yg terlibat dgn kes kes jenayah serious.
Prinsip membunuh wajib dibayar dengan hukuman mati demi keàdilan mangsa dan keluarga serta satu pengajaran yg bolih di jadikan pencegahan terhadap kesalahan jenayah serius.
Pihak penjenayah serius atau yang tidak berhati perut tahu jika mereka membunuh dan di dapati bersalah hanya di penjara seumur hidup atau 30 tahun penjara dengan menikmati makan minum percuma dan tempat tinggal percuma.
Ini juga boleh menjadi rangsangan kepada yang tidak berhati perut dan rakus.
Ia juga memakan belanja yang besar dana kerajaan dari duit cukài rakyat terutama kos makan minum, perubatan dan sebagainya. Buat masa ini kos untuk seorang banduan RM41 seorang termasuk kos keselamatan.
Kos-kos lain juga akan turut meningkat saperti kos penyelenggaraan dan kakitangan penjara dan pasukan keselamatan.
Difahamkan setakat ini ratusan juta telah ditangong olih kerajaan dan kos ini akan terus meningkat.
Buat masa ini terdapat 1281 banduan jenayah seriuos ‘iaitu on death roll in prison’ dimana 300 ada kena mengena dgn pembunuhan dan rompakan.Berapa banyak kos kerajaan tangong ? Cuba bayang pembaziran wang rakyat ini boleh digunakan untuk lain-lain tujuan yang lebih berfaedah saperti membantu golongan fakir miskin tegar, OKU dan pendidikan dengan menambah dana biasiswa.
Putra dapat menghidu dan mengetahui golongan yang sebenarnya ‘golongan minoriti’ yangg berusaha keras dan agresif untuk menghapuskan hukuman mati mandotari.
Mereka menguna alasan hak asasi manusia tetapi mereka lupa hak asasi mangsa dan keluarga mangsa.
Kesalahan terhadap Ketua Negara Yang di-Pertuan Agong adalah Penderhakaan kepada negara yang tidak boleh ada kasihan belas dan wajib menerima hukuman mati mandotari.
Golongan minoriti ini boleh di kesan di mana mereka berada malah di ‘koridor kuasa’ mungkin dalam Parlimen, dalam Kabinet, dalam firma guaman atau bpertubuhan adan2 ngo tertentu.
Putra mengesa pihak majoriti bangkit bersuara dan bersatu tenaga menolak cadangan memansuhkan hukuman mati mandatori.
Putra mendesak kerajaan menarik balik cadangan memansuhkan mandatori hukuman mati ke atas 11 jenayah serius dan menyeru semua rakyat sama-sama menentang cadangan demi keadilan mangsa dan keluarga mangsa.
Putra yakin majoriti rakyat membantah cadangan memansuhkan mandotari hukuman mati dan bagi membuktikan kebenarannya Putra mengesyorkan di adakan pungutan suara rakyat atau referendum saperti Brexit UK.
Ia juga menyelamatkan wang rakyat dan menjadikan hukuman mati mandotari sebagai langkah pencegahan jenayah serius.
Putra juga Merayu Semoga Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan dan menentukan hukuman mati mandatori kekal.
Datuk Dr. Ibrahim Ali
Presiden Penaja Parti Putra
*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.











